Wednesday, 10 December 2014

Institusi Kesultanan Teras Ketuanan/Kedaulatan Melayu Islam





Institusi kesultanan Melayu merupakan antara institusi yang tertua di dunia, dikatakan institusi kesultanan Melayu telah melangkau lebih 700 tahun.

Dalam tradisi Islam kedudukan ulul amri/pemerintah merupakan suatu kedudukan yang tinggi dan menjadi tanggunggjawab besar terhadap pemerintah dan rakyat di bawah naungannya. Ianya merupakan suatu payung naungan daripada sistem pemerintahan khalifah Islamiah.

Kuasa ‘daulat’ merupakan suatu kuasa yang berada pada seseorang raja dan institusinya iaitu kuasa atau kerajaan, kewibawaan, keunggulan, keistemewaan diri dan keturunan (yang mana raja-raja Melayu kebanyakannya adalah keturunan susur galur keturunanan Rasulullah SAW).


‘Ke-raja-an’ : yang membawa erti suatu pemerintahan yang dibina dan diketuai oleh seorang raja Melayu. Malaysia merupakan satu-satunya negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.



Institusi Raja

Menjadi lambang dan identiti bagi kekuatan dan perpaduan dan merupakan kuasa penting bagi konsep penyemak dan penyeimbang bagi kesejahteraan rakyat dan negara,
Institusi kesultanan dapat menjamin kelangsungan dan kesinambungan suatu tamadun Melayu Islam. Ianya menjadi jambatan bagi urusan agama dan duniawi .Melayu Islam beraja merupakan suatu hakikat leluhur yang harus diperkasakan dan dipertahankan.

Antara kesultanan Melayu yang wujud di nusantara ialah :

Melaka, Demak, Sulu, Acheh, Riau, Banten, Manguindanao, Pattani,Brunei (Borneo)





Pada zaman kegemilangan tamadun Melayu Islam Melaka, institusi kesultanan banyak dinasihati oleh para ulama sufi.

Di zaman tersebut ulama yang terkenal ialah Maulana Abu Bakar, Maulana Yusuf dan kadi Munawar Shah dan mereka sentiasa mendampingi Sultan dan menjadi tempat rujukan.

Ulama diberi kedudukan yang tinggi dalam hierarki siosial di Melaka dan setaraf dengan pembesar dan pentadbir. Di zamannya dakwah Islamiah yang berpaksikan kepada roh Islam dan faham Sunni Ahli Sunnah Wal jamaah. Di mana acuan peradaban Melayu Islam meliputi agama Islam dan institusi kesultanan itu sendiri dan inilah acuan sebenar umat Melayu Islam di alam nusantara.

Melaka berjaya menjadi pusat keilmuan, dakwah, perdagangan, pertemuan dan sebagainya. Kerajaan Uthmaniah yang merupakan pusat pemerintahan khalifah Islam pada masa tersebut mengiktiraf Melaka sebagai sebahagian naungan kerajaan Uthmaniah. Bahkan Sultan Melaka diiktiraf oleh khalifah di Turki.

Megat Iskandar Syah 1414
Sultan Muzafar Syah (1446-1456)
Sultan Mansur Syah (1456-1477)
Sultan Alauddin Syah (1477-1488)



Dicatatkan dalam sejarah Turki bahawa Sultan Mansur Syah pernah pergi ke Turki menemui Khalifah Uthmaniah pada masa tersebut. Mandat telah diberikan oleh Khalifah di Turki kepada Sultan di Melaka sebagai jaringan khalifah Uthmaniah. Antara karya sejarah Melayu ialah ‘Taj as-Salatin oleh Tun Sri Lanang (Penulis dan pengkaji sejarah).

Mengikut sejarah penamaan sultan bermula semasa kerajaan Abbasiah.
Di atas kelangsungan dan daulat Institusi Kesultanan menjadi benteng kebal kepada Tanah Melayu bagi menghadapi saat gentir dari pelbagai tekanan, masalah dan penjajahan penjajah.

Keturunan Rasulullah merupakan suatu kelebihan yang ada pada Sultan Melayu, antaranya Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin al-Muktafibillah Shah merupakan suatu kedaulatan, alkisah datuknya Sultan ZainalAbidin 1 Sultan Terengganu sentiasa mendampingi ulama dan dikatakan beliau sendiri telah mencapai taraf ulama (ulama bertaraf Sultan). Beliau menjadikan ulama sebagai penasihatnya iaitu Syed Abdul Rahman al-Aidrus atau dikenali sebagai Tokku Paloh (seorang sufi Tariqat as-Naqsyabandiah), Syed Abdul Malik Abdullah ‘Tok Pulau Manis’ (seorang sufi Tariqat as-Syaziliah).

No comments: