SHAH
ALAM – [DIKEMASKINI] Darjah Kebesaran Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
(SSSA) yang membawa gelaran Datuk Seri yang diberikan kepada Datuk Seri Anwar
Ibrahim pada 1992 ditarik balik berkuat kuasa 3 November lalu.
Perkara itu diumumkan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan, hari ini.
“Penarikan darjah kebesaran itu adalah berasaskan kepada tindakan dan perlakuan Anwar sejak akhir tahun lalu yang mempersoalkan kewibawaan serta kuasa Sultan Selangor dan Institusi Raja dalam menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor pada tahun ini dan hal yang berkaitan dengan Islam,” katanya.
Menurutnya, seperti sedia maklum Sultan mempunyai kuasa eksekutif dan sebagai Ketua Agama seperti mana yang termaktub di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.
"Tindakan dan perlakuan beliau adalah tidak lagi seorang yang sesuai untuk memegang darjah kebesaran itu," katanya lagi.
Bagaimanapun katanya, Anwar masih bergelar Datuk yang dikurniakan dari negeri Perak, Perlis, Sabah, Negeri sembilan, Pulau Pinang, Melaka, Pahang termasuk Selangor.

Institusi
Raja-Raja Islam BUKAN FUEDALISTIK
Salah faham paling besar masyarakat sekarang adalah beranggapan Institusi Kesultanan atau Raja-Raja Melayu-Islam dahulu adalah sama dengan institusi Beraja di Eropah yang memang fuedal.
Golongan Orientalis telah menyelewengkan konsep pemerintahan Raja-Raja Islam dengan menyamakan seperti corak pemerintahan feudal pada monarki-monarki Eropah iaitu meletakkan Raja pada taraf tuan dan rakyat pada taraf hamba. sistem feudal ini sering memberanakkan pemerintahan raja-raja yang zalim, dimana rakyat menjadi mangsa kerakusan dan mainan politik raja-raja.
sedangkan konsep pemerintahan beraja dalam Islam menekankan perihal tanggungjawab masing-masing yang wajib ditunaikan. Raja berkhidmat sebagai tonggak agama dan bangsa, sedangkan rakyat diwajibkan untuk taat pada raja yang menjalankan kewajipannya.
oleh itu, tidak seperti pemerintahan raja-raja bukan Islam, ajaran Islam sebenarnya mendaulat rakyat sebagaimana rakyat juga mendaulatkan Raja-Raja Islam sebagai pemerintah Ummah.

Kami
tegaskan disini bahawa yang kami pertahankan adalah INSTITUSI RAJA/KESULTANAN
bukan pertahankan susuk individu Raja/Sultan itu sendiri. Inilah tujuan
pemerintahan. Sekiranya Raja mengabaikan peranan mentadbir negeri dan agama,
maka sayugianya Raja itu mesti diganti dengan pewaris yang lebih layak.
Kami sangat berharap berharap para Raja dan Sultan pada hari ini mengingati sumpah janji mereka kepada Allah untuk melaksanakan kebaikan dan menjaga agama jelata. Perpecahan dan perbalahan akibat dari sistem demokrasi sungguh mencabut kepercayaan terhadap sistem demokrasi apatahlagi wajah-wajah orang politik sukar dipercayai lagi. Kepada siapa lagi untuk jelata berharap, harapan kami kepada para Sultan dan Raja kami sebagai pemilik asal tanah ini untuk kembali memainkan peranan. setidak-tidaknya menjadi CHECK AND BALANCE yang kuat kepada orang politik.
Kami bukan aktivitis revolusi yang mahu menjatuhkan sistem Kesultanan. Kami cinta dan sayangkan Kesultanan. oleh kerna itu kami bersuara agar 'Sistem Kesultanan' ini tidak menjadi hiasan di Arkib Negara suatu masa nanti kalau Para Raja/Sultan atau kerabat sendiri tidak mengambil inisiatif menjadi pemerintah yang baik.
Kami jelata berterusan berdoa agar para Raja kami sentiasa dalam hidayah Allah. Amin

No comments:
Post a Comment