Wednesday, 31 December 2014

KEJATUHAN AIRASIA : TONY FERNANDES TAHU APA YANG AKAN BERLAKU?



Tony Fernandes Tahu Lebih Dahulu Ada Pesawat AirAsia yang akan Alami Kecelakaan

CEO AirAsia Tony Fernandes menjual 944.800 lembar sahamTune Insurance Holdings Bhd yang dia miliki beberapa hari sebelum pesawat AirAsia QZ8501 mengalami kecelakaan dalam penerbangan dari Surabaya menuju Singapura.

Tune Insurance Holdings Bhd adalah organisasi yang menyediakan asuransi perjalanan untuk AirAsia. Tune Insurance adalah anak perusahaan Tune Group Sdn Bhd yang juga memiliki AirAsia.

Manuver lepas saham yang dilakukan Fernandes ini diberitakan Malaysian Insider edisi 26 Desember. Disebutkan bahwa sebanyak 850.000 lembar saham dijual Fernandes pada tanggal 22 Desember dan sisanya selepas sehari kemudian.

Tune Insurance Holdings Bhd menyediakan asurans untuk setiap penumpang AirAsia. Premi dari asuransi itu dimasukkan ke dalam harga tiket.

Nilai saham AirAsia dan Tune Insurance Holdings turun sehari setelah QZ8501 hilang. Saham AirAsia turun sebanyak 12,9 persen, sementara saham Tune Insurance Holdings turun sebesar 0,6 persen.

Keputusan Fernandes menjual saham dalam jumlah besar ini dipertanyakan banyak kalangan. Di AskHeavy.Com, aksi lepas saham itu bisa diartikan bahwa Fernandes mengetahui AirAsia akan mengalami kecelakaan.

International Business Times juga mengatakan bahwa bisa saja Fernandes tahu bahwa salah satu pesawat milik AirAsia akan mengalami kecelakaan.

Pertanyaan serupa juga disampaikan kalangan politisi Indonesia. Politisi Partai Golkar Lalu Mara Satria Wangsa dalam akun Facebook miliknya mengatakam bahwa jual beli saham adalah hal yang biasa. Tetapi, patut dipertanyakan bila CEO sekaligus pemilik AirAsia Tony Fernandes menjual saham miliknya seminggu sebelum kejadian AirAsia QZ8501.

"Pertanyaan, apakah Fernandes tahu saham miliknya akan jatuh nilainya, sehingga ia menjualnya lebih dahulu?" tanya Lalu Mara.

Bisa juga, sambung dia, dua kejadian ini terjadi begitu saja dan tidak memiliki relasi sama sekali.

"Turun naiknya nilai saham memang menguntungkan bila menyangkut pemain besar sekaliber Fernandes," demikian Lalu Mara.


Sunday, 28 December 2014

GAMBAR TERBARU KESAN BANJIR DI MANEK URAI!!

"Ya Allah, macam tsunami!"

Itulah antara lontaran yang admin dengar tentang kesan banjir di Manek Urai. Hari ini, setelah air mulai surut, terzahirlah kesan bah yang memusnahkan harta benda..











Allahu...

bersabarlah duhai saudaraku
kamu insan terpilih
menerima ujian yang hebat di sisi-Nya
untuk mengangkat darjatmu
agar hampir pada-Nya

sungguh DIA mencintai kamu
kerna itu dia menyucikan dirimu
jiwamu, segala yang ada padamu
kerna sesungguhnya semua itu milik DIA
DIA mengambil pinjamannya padamu
agar dirimu lebih mengenal dan mencintai-Nya

tiada milik kita
harta, keluarga bahkan jasad kita
semua milik Dia
kita tidak punya apa-apa
Dia pemilik segala

senyumlah saudaraku
Allah lebih dekat dari waridmu
Allah ada denganmu
Allah cinta padamu
jadi tersenyumlah dengan bangga
menjadi insan pilihan-Nya

jangan kau ikat emosimu pada dunia
kerna dunia hanya sebuah persinggahan
kembalikan segala ingatan, perasaan, jiwa dan nuranimu 
pada Dia Pemilikmu

Allahu... 


BANJIR : BENARKAH INSURANS TIDAK DAPAT CLAIM KALAU ISYTIHAR DARURAT???

Kami menemui kenyataan yang telah lama menjadi tanda tanya orang ramai. 

Ini merupakan suatu pendapat seorang ejen takaful yang telah lama dalam bidang perkhidmatan kewangan dan takaful, serta pengurus agensi di Takaful IKHLAS:




INSURANS TIDAK DAPAT CLAIM KALAU DARURAT?
http://rahsiatakaful.com/v1/insurans-tidak-dapat-claim-kalau-darurat.html
Saya banyak menerima soalan yang berkaitan isu darurat yang dikatakan tidak dapat diisytiharkan supaya mangsa-mangsa banjir dapat membuat tuntutan insurans.
Katanya, jika darurat diisytiharkan maka syarikat insurans berhak menolak tuntutan yg dibuat.
Ini pandangan saya:
+ Betul, memang dalam banyak polisi insurans seperti insurans kenderaan, insurans perniagaan, insurans bangunan, insurans kemalangan meletakkan darurat sebagai salah satu situasi yang dikecualikan untuk dibuat tuntutan.
+ Tapi dalam masa sama, berdasarkan pengalaman saya sebenarnya majoriti pelanggan sangat jarang mengambil coverage tambahan bencana banjir yang membolehkan mereka membuat tuntutan jika kerosakan akibat banjir. Jadi, sama ada isytihar darurat atau pun tidak, majoriti besar pengguna memang tidak dapat membuat tuntutan kerana tidak mengambil insurans yang cover banjir.
+ Banjir sudah masuk hari ke-5 dan sekiranya darurat diisytiharkan hari ini 27/12/2014, mangsa-mangsa banjir masih boleh membuat tuntutan sebab kerosakan berlaku SEBELUM darurat diisytiharkan. Jadi, syarikat insurans / takaful dan ejen serta staff boleh memberi pengetahuan (educate) kpd pelanggan supaya meletakkan tarikh berlaku kerosakan SEBELUM tarikh darurat diisytiharkan.
+ Situasi sekarang sangat genting memandangkan majoriti yang terlibat dari kalangan orang-orang kampung, orang-orang miskin, rakyat marhaen yang melibatkan nyawa. Jadi menjadikan alasan insurans sebagai penghalang darurat diisytiharkan bukanlah tindakan terbaik kerana nyawa majoriti rakyat lebih penting berbanding kerosakan bangunan / kenderaan utk claim insurans.
+ Statistik menunjukkan kadar penembusan insurans takaful hanya sekitar 15% sahaja di kalangan rakyat bumiputera. Dan majoriti penduduk Kelantan adalah Melayu Bumiputera. Maka alasan “insurans tak boleh claim kalau darurat” hanya menjaga kepentingan minoriti berbanding kepentingan majoriti rakyat yang langsung tidak memiliki insurans. Apatah lagi insurans melibatkan coverage banjir.
+ Situasi-situasi di atas hanya melibatkan polisi takaful am / general insurance seperti insurans kereta, insurans rumah, insurans bangunan. Polisi takaful individu / takaful keluarga / insurans hayat / life insurance tiada sebarang isu claim jika isytihar darurat disebabkan banjir.
KESIMPULAN: Menggunakan alasan “insurans tidak boleh claim kalau isytihar darurat”, bukanlah alasan yang kukuh utk tidak mengisytiharkan darurat.
Afyan Mat Rawi, IFP.
27/12/2014

- See more at: http://rahsiatakaful.com/v1/insurans-tidak-dapat-claim-kalau-darurat.html#sthash.xEAajZcT.dpuf

Kisah Sultan yang Perihatin

Beliau datang tanpa wartawan, tanpa kamera, tanpa publisiti, drive sendiri mgharung bnjir utk melihat rakyatnya. Sewaktu banjir, beliau turut sama mmbntu kerja2 menyelamat shgga org x sdar itu sultan mereka. Beliau juga menerima arahan dr seorg Mejar. Sewaktu berhenti rehat beliau turut minum dlm cawan polisterin dgn petugas2. Tiba2 beliau disapa
"abang dari mana?"
"orang sini jugak"
"macam muka tuanku la abang ni"
Beliau hanya trsenyum
setelah menyedari yg disapa td adalah sultan mereka, kecut perut org td minta maaf krn tdk tahu yg itu adalah sultan. Beliau hanya trsenyum malah memeluk org td. Tergamam Mejar yg ada kt situ, langsung x reti nk bg arahan mcm mula2 td.




inilah seorang pemimpin yang didambakan setiap rakyat jelata. membantu tanpa mengambil kira status diri yang mulia. Sultan seperti ini yang menjadi kesayangan rakyat. 
Teringat kisah Khalifah Umar yang menyusup keluar pada waktu malam untuk meninjau keadaan rakyatnya. Dengan membuang pangkat dan kesenangan, beliau mencari keperitan di bawah  untuk men

SESI PERSEKOLAHAN DITANGGUH?!!




KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi  negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).  Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).  Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Terima kasih.


Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014

Kebetulan atau Sebuah Percaturan?



Tragedi berulang??
Kebetulan atau perancangan??

Belum reda lagi dengan tragedi malang MH17 yang ditembak jatuh di Rusia, juga menjadi tanda tanya atas kehilangan yang mengejut dari MH370.. kini dunia bagaikan terpana untuk seketika lagi dengan peristiwa yang menampar setiap jiwa di atas kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 yang sedang dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura.



Pesawat yang membawa 155 orang penumpang itu dikatakan terputus hubungan dari pusat kawalan trafik pada jam 7.24 pagi waktu tempatan setelah berlepas daripada Surabaya jam 6.20 pagi.

Membisu seribu kata pada jiwa-jiwa yang mengkaji, yang tidak hanya memandang ia hanya sebagai satu tragedi tetapi apakah ia sebuah perancangan dari pihak-pihak tertentu untuk mewujudkan perbalahan dunia. Bahkan bakal menjadi sebuah isu yang akan dijulang untuk seberapa waktu pada setiap ahli masyarakat dan sedikit demi sedikit akan melupakan konflik yang lebih besar yang melanda.



Adakah ini masih dikatakan sebuah kebetulan, barangkali sesuatu yang tidak dirancang? Atau ia adalah sebuah perancangan yang rapi untuk sebuah agenda?

Di sisi yang lain, bagi mereka yang mengkaji, mereka akan terus menggali dan mengkaji untuk merungkai renteten-rentetan peristiwa yang seolah-olah telah disusun dengan begitu ‘sempurna’. Dalam pada masa yang sama, masyarakat dunia mungkin akan terus dibayangi persoalan demi persoalan dan mungkin sebelum satu-persatu persoalan terungkai tidak mustahil akan muncul lagi peristiwa lain yang lebih mengejutkan dan tidak disangka-sangka.









Sama-sama kita mendoakan kesejahteraan semua penumpang yang terlibat dalam pesawat QZ8501.

Mangsa Banjir Mencecah 200 000 Orang

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Kelantan masih buruk dengan peningkatan jumlah mangsa sehingga 134,139 orang manakala di Terengganu, Pahang, Perak dan Johor tidak banyak berubah setakat malam ini dengan jumlah keseluruhan mangsa hampir 200,000 orang.

Selain Kelantan mempunyai 134,139 mangsa, Pahang pula mencatat 31,669 mangsa, Terengganu (24,097), Perak (7,539) dan Johor (332).

Di KELANTAN, mangsa banjir daripada 32,999 keluarga ditempatkan di 308 pusat pemindahan setakat 9 malam ini berbanding 124,966 daripada 30,131 keluarga di sebelah petang.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata jajahan Kota Baharu masih mencatatkan angka tertinggi mangsa banjir  iaitu 42,469 orang, Pasir Mas (23,568), Kuala Krai (23,169), Tumpat (30,569), Gua Musang (7,529), Tanah Merah (3,546), Machang (3,097) dan Pasir Putih (192).

Di TERENGGANU, menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu jumlah mangsa menurun kepada 24,097 orang malam ini berbanding 24,497 petang tadi.

Keadaan banjir di negeri itu tidak banyak berubah malam ini kecuali daerah Kuala Terengganu yang menunjukkan peningkatan jumlah mangsa kepada 1,450 orang daripada 770 orang petang tadi ekoran cuaca yang tidak baik.

Dungun mencatatkan mangsa hampir sama seperti sebelumnya iaitu 10,969 orang manakala Hulu Terengganu pula 171 orang.

Di PERAK, jumlah mangsa di Hulu Perak, Kuala Kangsar, Perak Tengah dan Kerian yang terjejas akibat bencana banjir setakat malam ini, menunjukkan penurunan sebanyak 42 orang iaitu 7,539 mangsa daripada 2,001 keluarga berbanding 7,581 mangsa daripada 2,007 keluarga petang tadi.

Di Perak Tengah, bilangan mangsa banjir meningkat kepada 4,026 orang melibatkan 1,095 keluarga berbanding 3,870 mangsa daripada 1,055 keluarga sebelumnya.

Jumlah mangsa di Kuala Kangsar yang merangkumi kawasan Sungai Siput menurun kepada 2,566 daripada 649 keluarga berbanding 2,785 melibatkan 701 keluarga sebelumnya.

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 31,669 orang yang ditempatkan di 256 pusat pemindahan berbanding 31,601 orang pada pukul 8 pagi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata setakat ini lapan daerah di seluruh Pahang masih terjejas banjir manakala Temerloh mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 6,965 daripada 1,585 keluarga.

"Jerantut (6,781 mangsa/1,566 keluarga), Kuantan(5,860 mangsa/1,585 keluarga), Pekan (4,519 mangsa/1,201 keluarga), Maran (3,729 mangsa/907), Lipis(2,729 mangsa/806 keluarga), Bera (1,061 mangsa/272 keluarga) dan Rompin (25 mangsa/6 keluarga)," katanya.

Di JOHOR, bilangan mangsa di pusat pemindahan menunjukkan penurunan dengan sejumlah 332 orang melibatkan 85 keluarga malam ini berbanding 465 orang melibatkan 117 keluarga, petang tadi, menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana negeri itu.

Update terkini info banjir; sumber: Astro Awani(28 Disember 2104)

Penulis: Semoga semua mangsa tabah menghadapinya. Tahniah diucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang sama-sama menghulurkan bantuan dalam pelbagai bentuk demi membantu saudara yang dalam kesusahan tanpa mengira agama, bangsa mahupun apa jua perbezaan. Hikmah kejadian ini, ia menyatukan semua umat manusia dalam sebuah ikatan kasih sayang!

Thursday, 11 December 2014

PERANAN YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA





YANG di-Pertuan Agung mempunyai bidang kuasa yang luas seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan. Fungsi sebagai Ketua Negara dapat dilihat dalam tiga cabang kerajaan, iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman.


EKSEKUTIF

Fasal 39 Perlembagaan memberi kuasa eksekutif kepada Yang di-Pertuan Agong. Walaupun terdapat beberapa pengecualian dalam Perlembagaan mengenai kuasa dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong, secara lazim baginda menerima nasihat dari Kabinet atau lebih khusus, Perdana Menteri.

Walaupun bertindak atas nasihat Kabinet atau Menteri atau selepas berunding atau atas cadangan seseorang atau sesuatu pertubuhan (selain Kabinet), Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicara dalam tiga fungsi Perlembagaan iaitu:

1. Melantik seorang Perdana Menteri.

2. Bersetuju atau tidak mempersetujui permintaan membubarkan Parlimen.

3. Meminta mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja dan mengambil tindakan dalam mesyuarat itu.


PERUNDANGAN


Kuasa perundangan Persekutuan adalah terletak kepada Parlimen yang mengandungi Yang di-Pertuan Agong dan dua majlis, iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Yang di-Pertuan Agong sebagai sebahagian komponen Parlimen mempunyai kuasa berikut:

1. Memanggil Parlimen bermesyuarat dari semasa ke semasa.
2. Memberhentikan dan membubarkan Parlimen.
3. Memberi ucapan dalam mana-mana majlis Parlimen.
4. Memperkenankan Rang Undang-Undang.

Yang di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa melantik dua orang senator untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang untuk Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya serta mempunyai kuasa melantik 40 orang senator lain.


KEHAKIMAN

Yang di-Pertuan Agong mempunyai fungsi penting dalam bidang kehakiman. Antara tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong adalah:

1. Melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Hakim Mahkamah Agung, Hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi atas nasihat Perdana Menteri setelah dirundingkan dengan Majlis Raja-Raja.

2. Melantik mana-mana orang yang layak dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi untuk menjadi Pesuruhjaya Kehakiman (yang mempunyai kuasa sebagai Hakim Mahkamah Tinggi) atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan (satu langkah sementara sebelum pelantikan tetap sebagai Hakim Mahkamah Tinggi).

3. Memanjangkan perkhidmatan seorang hakim yang berumur lebih 65 tahun. Bagaimanapun lanjutan perkhidmatan itu tidak melebihi enam bulan setelah mencapai umur 65 tahun.

4. Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Perdana Menteri atau Ketua Hakim Negara selepas berunding dengan Perdana Menteri, mengemukakan presentasi kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menyingkirkan seorang hakim Mahkamah Persekutuan atas alasan tertentu.

Selepas menerima representasi itu, Yang di-Pertuan Agong akan melantik satu tribunal untuk memberi cadangan dan mungkin atas cadangan tribunal itu menyingkirkan hakim dari jawatannya. Yang di-Pertuan Agong boleh menggunakan budi bicara baginda untuk menerima atau menolak cadangan tribunal untuk menyingkirkan atau mengekalkan hakim.

5. Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan boleh mengeluarkan Perisytiharan darurat apabila berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku seperti keselamatan, kehidupan, ekonomi atau ketenteraan awam dalam Persekutuan atau negeri dalam keadaan terancam.

6. Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak membuat peruntukan yang menetapkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam negeri berkenaan.

Baginda juga adalah Ketua Agama Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Baginda juga melantik jawatan tertentu bagi Negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka dan Wilayah Persekutuan atas nasihat Majlis Agama Islam Negeri berkenaan. Di Sabah dan Sarawak, kuasa pelantikan diturunkan kepada Yang Dipertua Negeri.




FUNGSI LAIN

Selain tiga fungsi ini, Yang di-Pertuan Agong mempunyai fungsi seperti berikut:

1. Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata.

2. Mempunyai kuasa mengurniakan pengampunan dan menangguhkan hukuman bagi kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera dan semua kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.

3. Menjaga hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

4. Sumber penghormatan dan kebesaran.

5. Fungsi diplomatik dengan melantik diplomat Malaysia di luar negara dan menerima mengadap diplomat asing.

6. Menghadiri pelbagai majlis dan acara




SENARAI SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG I

Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad

D.M.N., S.M.N.

Memerintah dari 31 Ogos 1957 hingga 1 April 1960
YDP1
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG II

Al-Marhum Tuanku Hisamuddin Alam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah

D.M.N., D.K.(Brunei)

Memerintah dari 14 April 1960 hingga 1 September 1960
YDP2
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG III

Al-Marhum Tuanku Syed Putra ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail

D.M.N., S.P.M.P., D.K.M., D.M.N., S.M.N., D.K.(Selangor), S.P.D.K.(Sabah), D.K. (Kelantan), D.P.(Sarawak), D.K.(Kedah), D.K.(Pahang), D.K.(Johor), D.K.(Negeri Sembilan), D.P.S.S.(Sarawak), D.K.(Perak),  D.K.(Terengganu), D.K.M.B.(Brunei), Knight Commander of St. Micfhael&St. George (K.C.M.G), Raja of the Order of Sikatuna, Philippines (Noblest Award of Chivalry), The Great Cross of the Royal Order of Cambodia, The Most Auspicious Order of the Royal Friendship of Thailand, Collar of the Supreme Order of the Chrysanthemum (Japan), Cordone Hussein Ben Ali (Jordan), Collar of the Nile (United Arab Republic).

Memerintah dari 21 September 1960  hingga 20 September 1965
YDP3
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG IV

Al-Marhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin

D.K.,D.K.M.,D.M.N.,S.P.M.T.,D.K.(Kelantan), D.K.(Selangor), D.K.(Perak), D.K.(Pahang).

Memerintah dari 21 September 1965 hingga 20 September 1970
YDP4
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG V

KeBawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu`tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah

D.K.,D.K.H.,D.K.M.,D.M.N.,D.U.K.,D.K.(Kelantan), D.K.(Pahang), D.K.(Selangor),D.K.(Perlis), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Johor), D.K.(Terengganu), D.K.(Perak), D.P.(Sarawak), D.U.N.M.,S.P.M.K.,S.S.D.K.,D.H.M.S.

Memerintah dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975
YDP5
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG VI

Al-Marhum Tengku Yahya Petra ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim

D.K.,D.K.M.,D.M.N.,S.M.N.,S.P.M.K.,S.J.M.K.,S.P.S.K.,D.K.(Selangor), D.K.(Terengganu), D.K.(Kedah), D.K.(Brunei), D.K.(Pahang), D.K.(Perlis), D.P.(Sarawak).

Memerintah dari 21 September 1975 hingga 29 Mac 1979
YDP6
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG VII

KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta`in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri`Ayatuddin Al-Mu`adzam Shah

D.K.P.,D.K.,D.K.M.,S.S.A.P.,S.I.M.P.,D.M.N.,D.K.(Perak), D.K.(Johor), D.K.(Kelantan), D.K.(Terengganu), D.K.(Perlis), D.K.(Kedah), D.K.M.B.,D.K.(Brunei), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Selangor).

Memerintah dari 26 April 1979 hingga 25 April 1984
YDP7
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG VIII

Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Iskandar ibni
Al-Marhum Sultan Ismail.
D.K.

Memerintah  dari 26 April 1984 hingga 25 April 1989
(Naik Takhta Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim pada 23hb. Januari 2010)

YDP8
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG IX

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lahD.K.,D.K.M.,D.M.N.,D.K(Kelantan), D.K.(Terangganu), D.K.(Perlis), D.K.(Johor), D.K.(Selangor), D.K.(Kedah), D.K.M.B.(Brunei), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Pahang), S.S.M.,P.M.N.,P.S.M.,

Memerintah dari 26 April1989 hingga 25 April 1994
YDP9
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG X

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ja`afar ibni
Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman
D.K., D.K.M., D.M.N., D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Kelantan), D.K. (Kedah), D.K. (Selangor), D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K. (Pahang), D.K. (Terengganu), D.K. (Perak)

Memerintah dari 26 April 1994 hingga 25 April 1999
YDP10
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XI

Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj
D.K., D.K.M., D.M.N., S.P.M.S., S.S.S.A, D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Terengganu), D.K. (Kelantan), D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K. (Kedah), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Perak), D.K. (Pahang), S.P.D.K. (Sabah), D.P. (Sarawak), D.U.M.M. (Melaka), P.J.K.

Memerintah dari 26 April1999 hingga 21 November 2001
YDP11
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XII

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail

D.K.P., D.K., S.S.P.J., D.M.N., D.K.(Perak), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Terengganu), S.P.M.J., S.P.C.M., S.S.M.T.

Tarikh dilantik menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 13 Disember 2001
YDP12
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XIII

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah
Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
D.K.T., D.K.R., D.M.N., S.S.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K. (Perlis), D.K.(Johor), D.K.M.B.(Brunei), D.K.(Perak), D.K.(Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), S.P.M.J., Commandeur De La Legion D'Honneur (France).

Tarikh dilantik menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 13hb. Disember 2006 .
YDP13
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XIIII
KeBawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu`tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah
D.K.,D.K.H.,D.K.M.,D.M.N.,D.U.K.,D.K.(Kelantan), D.K.(Pahang), D.K.(Selangor),D.K.(Perlis), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Johor), D.K.(Terengganu), D.K.(Perak), D.P.(Sarawak), D.U.N.M.,S.P.M.K.,S.S.D.K.,D.H.M.S.
Tarikh dilantik menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 13hb. Disember 2011 .


DARJAH KEBESARAN BOLEH DITARIK BALIK?


SHAH ALAM – [DIKEMASKINI] Darjah Kebesaran Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSSA) yang membawa gelaran Datuk Seri yang diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1992 ditarik balik berkuat kuasa 3 November lalu.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan, hari ini.

“Penarikan darjah kebesaran itu adalah berasaskan kepada tindakan dan perlakuan Anwar sejak akhir tahun lalu yang mempersoalkan kewibawaan serta kuasa Sultan Selangor dan Institusi Raja dalam menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor pada tahun ini dan hal yang berkaitan dengan Islam,” katanya.

Menurutnya, seperti sedia maklum Sultan mempunyai kuasa eksekutif dan sebagai Ketua Agama seperti mana yang termaktub di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

"Tindakan dan perlakuan beliau adalah tidak lagi seorang yang sesuai untuk memegang darjah kebesaran itu," katanya lagi.

Bagaimanapun katanya, Anwar masih bergelar Datuk yang dikurniakan dari negeri Perak, Perlis, Sabah, Negeri sembilan, Pulau Pinang, Melaka, Pahang termasuk Selangor.

Photo: SHAH ALAM – [DIKEMASKINI] Darjah Kebesaran Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSSA) yang membawa gelaran Datuk Seri yang diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1992 ditarik balik berkuat kuasa 3 November lalu.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan, hari ini.

“Penarikan darjah kebesaran itu adalah berasaskan kepada tindakan dan perlakuan Anwar sejak akhir tahun lalu yang mempersoalkan kewibawaan serta kuasa Sultan Selangor dan Institusi Raja dalam menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor pada tahun ini dan hal yang berkaitan dengan Islam,” katanya.

Menurutnya, seperti sedia maklum Sultan mempunyai kuasa eksekutif dan sebagai Ketua Agama seperti mana yang termaktub di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

"Tindakan dan perlakuan beliau adalah tidak lagi seorang yang sesuai untuk memegang darjah kebesaran itu," katanya lagi.

Bagaimanapun katanya, Anwar masih bergelar Datuk yang dikurniakan dari negeri Perak, Perlis, Sabah, Negeri sembilan, Pulau Pinang, Melaka, Pahang termasuk Selangor.


Institusi Raja-Raja Islam BUKAN FUEDALISTIK

Salah faham paling besar masyarakat sekarang adalah beranggapan Institusi Kesultanan atau Raja-Raja Melayu-Islam dahulu adalah sama dengan institusi Beraja di Eropah yang memang fuedal.

Golongan Orientalis telah menyelewengkan konsep pemerintahan Raja-Raja Islam dengan menyamakan seperti corak pemerintahan feudal pada monarki-monarki Eropah iaitu meletakkan Raja pada taraf tuan dan rakyat pada taraf hamba. sistem feudal ini sering memberanakkan pemerintahan raja-raja yang zalim, dimana rakyat menjadi mangsa kerakusan dan mainan politik raja-raja.

sedangkan konsep pemerintahan beraja dalam Islam menekankan perihal tanggungjawab masing-masing yang wajib ditunaikan. Raja berkhidmat sebagai tonggak agama dan bangsa, sedangkan rakyat diwajibkan untuk taat pada raja yang menjalankan kewajipannya.

oleh itu, tidak seperti pemerintahan raja-raja bukan Islam, ajaran Islam sebenarnya mendaulat rakyat sebagaimana rakyat juga mendaulatkan Raja-Raja Islam sebagai pemerintah Ummah.


Kami tegaskan disini bahawa yang kami pertahankan adalah INSTITUSI RAJA/KESULTANAN bukan pertahankan susuk individu Raja/Sultan itu sendiri. Inilah tujuan pemerintahan. Sekiranya Raja mengabaikan peranan mentadbir negeri dan agama, maka sayugianya Raja itu mesti diganti dengan pewaris yang lebih layak.

Kami sangat berharap berharap para Raja dan Sultan pada hari ini mengingati sumpah janji mereka kepada Allah untuk melaksanakan kebaikan dan menjaga agama jelata. Perpecahan dan perbalahan akibat dari sistem demokrasi sungguh mencabut kepercayaan terhadap sistem demokrasi apatahlagi wajah-wajah orang politik sukar dipercayai lagi. Kepada siapa lagi untuk jelata berharap, harapan kami kepada para Sultan dan Raja kami sebagai pemilik asal tanah ini untuk kembali memainkan peranan. setidak-tidaknya menjadi CHECK AND BALANCE yang kuat kepada orang politik.

Kami bukan aktivitis revolusi yang mahu menjatuhkan sistem Kesultanan. Kami cinta dan sayangkan Kesultanan. oleh kerna itu kami bersuara agar 'Sistem Kesultanan' ini tidak menjadi hiasan di Arkib Negara suatu masa nanti kalau Para Raja/Sultan atau kerabat sendiri tidak mengambil inisiatif menjadi pemerintah yang baik.

Kami jelata berterusan berdoa agar para Raja kami sentiasa dalam hidayah Allah. Amin




Wednesday, 10 December 2014

PERANAN ULAMA DAN UMARA

Cinta makrifah tiada bercerai

Berperdu akar tauhid ketuhanan

Bersemi kasih bagai lazuardi

Terbias cahaya dari nurani

Roh jasad tiada kan terpisah

Sementelah jua ulama dan umara....









Dalam Islam yang Hadhari, realiti atau hakiki, peranan ulama tidak boleh diperkecilkan. Tanpa ulama yang mendidik (tarbiah) dan memberi ilmu (taalim), usaha ke arah membina Islam sudah tentu akan gagal. Kerana tanpa didikan dan ilmu, kita tidak akan tahu bagaimana berbuat sesuatu dan ke arah mana usaha kita perlu dihala. Kita juga tidak akan ada kekuatan roh dan jiwa untuk melaksanakannya. Kerja membangunkan Islam bukan calang-calang kerja. la bukan perkara kecil atau mudah. la penuh dengan kepayahan, pengorbanan dan keperitan. Tanpa ilmu dan didikan, kita akan jadi kaku dan beku. Tanpa ilmu kita kaku untuk bergerak. Tidak tahu bagaimana dan apa caranya. Tidak tahu arah tujuannya. Tanpa didikan pula kita akan beku. Walaupun ilmu ada, tetapi kita tidak ada kekuatan dalaman atau kekuatan jiwa untuk mengharungi ujian, kesusahan dan pancaroba yang pasti akan dihadapi. 

Umat Islam perlu tahu dan kenal ulama supaya mereka mencintainya dan mendapat didikan serta pimpinan darinya yang wajib mereka perolehi dalam hidup di dunia ini. Umat yang tidak kenal dan tidak cintakan ulama pasti tidak akan bertemu iman dan Islam yang sebenarnya. Mereka tidak akan faham tentang agama anutan mereka. Bahkan mereka tidak akan faham tujuan dan arah hidup yang sedang mereka tempuh ini. Mereka akan hidup dalam kegelapan, tidak nampak apa yang baik dan apa yang buruk, apa yang benar dan apa yang salah.

Ulama seperti manakah yang boleh dan mampu mengajar dan mendidik kita ke arah pembangunan Islam?

Ulama seperti manakah yang boleh menjadi sumber inspirasi dan sumber rujukan kepada para umara dan rakyat jelata yang terlibat dalam membangunkan Islam?

Siapakah yang dikatakan ulama itu? Adakah orang yang agak tinggi ilmu Islamnya itu ulama? Apakah pula peranannya?




PENGERTIAN ULAMA YANG SEBENAR

Hadis ada menyebut:

Maksudnya: “Bila ulama dan umara (pemimpin) baik, umat Islam pun akan baik.”

Dalam hadis ini, ulama didahulukan kemudian barulah umara. Ulama memberi ilmu dan memberi tauladan. Kalau hendak dilaksanakan secara global, ulama tidak berkemampuan oleh sebab tidak ada kuasa dan kekuatan. Umara pula mempunyai kekuatan ekonomi, politik dan negara. Umara ialah seseorang yang boleh menggerakkan rakyat.

Nah! Jelas di sini, bukan?

Oleh sebab itulah umara perlu bergantung kepada ulama! Kemudian umara tersebut akan apply dan mempraktikkan nasihat dan ajaran ulama kepada rakyatnya, kepada semua lapisan masyarakat di bawah kekuasaannya.

Yang menjadi masalah pada hari ini ialah rakyat dan masyarakat tidak faham siapa itu ulama. Mungkin juga umara tidak kenal siapa ulama yang sebenarnya. Kemudian ada pula orang yang merasakan dirinya ulama hanya kerana kebolehannya bercakap dan boleh membaca ayat Al Quran. Masyarakat pun menganggap turut menganggap individu tersebut ulama dan menuruti setiap patah katanya.

Sebenarnya ulama itu bukan individu tertentu yang melantik dirinya menjadi ulama hanya kerana sedikit ilmu yang ada pada dirinya. Kemudian dengan bangganya menubuhkan pula persatuan ulama. Ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Islam! Title ulama di sisi Tuhan bukan diukur pada degree atau ijazah, ilmu atau jawatan seseorang. Seseorang individu itu sendiri tidak boleh dan tidak berhak mengaku diri sendiri sebagai ulama dengan sewenang-wenangnya.

Sudah tentu... wallahual’lam, hanya Allah jua Yang Maha Mengetahui.

Namun begitu, jangan pandang enteng akan perihal ini. Bagi penulis, isu ini amat penting supaya umat tidak keliru siapa yang sepatutnya mereka ikut dan pimpinan mana yang patut mereka terima. Imam Syafie contohnya, rakyat mengakui dia ulama tetapi dia sendiri tidak mengakui dirinya ulama. Imam Ghazali juga dikata orang sebagai ulama tetapi dia sendiri tidak pernah mengakui dengan kedua ulas bibirnya. Ulama atau tidak bukan berdasarkan penilaian orang ramai. Bukan juga pada penilaian kerajaan dan lebih-lebih lagi bukan atas dasar merasakan diri sendiri ulama.

Nah!
Kalau begitu, siapakah sebenarnya ulama?

Istilah ulama adalah dari bahasa Arab. Maksudnya dari segi bahasa ialah orang-orang alim atau orang-orang pandai. Boleh dikatakan juga para ilmuan dan para cerdik pandai. Pada segi bahasa, ulama itu adalah orang alim dalam apa sahaja bidang ilmu sama ada ilmu dunia mahupun ilmu akhirat, ilmu baik atau pun ilmu jahat, tidak kira ilmu itu diamalkan atau pun tidak. Orang yang mempunyai ilmu dalam bidang ekonomi misalnya, digelar ulama. Begitu juga yang mengetahui ilmu usuluddin, juga digelar ulama.

Berdasarkan fahaman dan pengertian inilah kita sekarang memberi gelaran ulama kepada seseorang, iaitu sesiapa sahaja yang alim dalam bidang ilmu apa pun, kita panggil dia ulama.



Pengertian ulama dalam Islam berbeza.

Di samping ilmu, dia perlu ada syarat-syarat yang lain seperti di bawah:


1. Beriman

Ulama itu mestilah dari kalangan orang-orang yang beriman.

Firman Allah: Maksudnya: “Allah mengangkat mereka yang beriman di kalangan kamu dan mereka yang diberi ilmu itu beberapa darjat.” (Al Mujadalah: 11)


2. Beramal

Mereka mestilah beramal dengan ilmu mereka.

Seperti kata Abu Darda`: Maksudnya: “Tidak dianggap seseorang itu alim sehinggalah dia beramal dengan ilmunya. “


3. Takutkan Tuhan

Mereka mestilah orang yang takut dengan Tuhan.

Firman Allah: Maksudnya: “Hanyasanya yang takut dengan Tuhan Itu ialah ULAMA. ” (Al Fathir: 28)


Di sini ada dua perkara besar. Ada dua perkataan di dalam ayat ini yang menjadi kunci iaitu ulama dan takut. Oleh itu, ulama di sini ialah orang yang ada ilmu, Yakni ada ilmu dunia dan ilmu Akhirat, ada ilmu tentang Tuhan, tentang syariat dan tentang akhlak. Kemudian dia takut dengan Tuhan.

Setelah itu, Tuhan berfirman lagi, kalau ulama itu mempunyai ilmu dunia dan ilmu Akhirat dan dia takut pula dengan Tuhan, maka Tuhan perintahkan melalui ayat-Nya: Maksudnya: “Hendaklah kamu bertanya (tentang Akhirat, tentang dunia iaitu hal-hal ekonomi, masyarakat dan lain-lain) kepada ahli zikir jika kamu tidak mengetahui.” (An Nahl: 43)

Rupanya, ulama itu ialah ahli zikir. Ahli itu orangnya. Zikir itu sifatnya. Ertinya ulama itu, hatinya terhubung dengan Tuhan dan sentiasa terisi dengan rasa cinta dan takutkan Tuhan. Hatinya sentiasa hampir (qarib) dengan Tuhan kerana itulah maksud zikir yang sebenarnya. Zikir bukan setakat memegang biji tasbih dan melafazkan istilah-istilah dan ayat ayat zikir. Itu belum boleh dikatakan zikir kerana hanya dibibir sahaja. Belum terasa di hati. Zikir itu ialah apa yang dirasakan di hati. Dengan kata-kata yang lain, ulama itu setidak-tidaknya bertaraf muqarabbin.

Ertinya lagi, ulama itu ilmunya mendarah daging. Maksudnya dia tidak payah buka kitab. Bila ditanya tentang ilmu Islam, dia boleh terus jawab. Bila dia ditanya tentang masyarakat Islam, pejam-pejam mata sahaja, dia boleh jawab. Kalau perlu buka kitab, itu guru hendak mengajar atau muailim, bukan ulama. Lagipun apa yang ada dalam kitab itu ilmu orang lain bukan ilmu dia. Kalau buka kitab Imam As Syafie, maka itu ilmu Imam As Syafie. Kalau buka kitab Imam Al Ghazali, maka itu ilmu imam Al Ghazali. Dia hanya menyampaikan ilmu orang. Kalau hanya setakat menyampaikan ilmu orang lain, tidak bolehlah dikatakan ulama.

Ulama atau ahli zikir ini, hatinya ibarat gudang. Segala jenis barang ada di dalamnya. Mintalah apa sahaja yang diperlukan, nescaya dia boleh bagi. Hendak minta apa pun, semua ada di dalam gudang itu. Dia tidak rujuk kepada orang. Malahan dia adalah tempat rujuk. Dia tidak merujuk kepada kitab yang ditulis oleh orang. Dia merujuk kepada hatinya yang penuh dengan ilmu. Sebab itulah, bila disuruh bertanya, Allah tidak sebut tanya guru. Tetapi tanyalah ahli zikir.

Oleh itu, kalau kerajaan atau umara, orang besar atau kecil atau rakyat hendak bertanya, tanyalah ulama atau ahli zikir seperti ini. Jangan tanya para ustaz atau muailim. Walaupun mereka mempunyai ijazah, hakikatnya mereka faham hanya satu-satu bab sahaja dari ilmu Islam.


Pemimpin sebenar (umara) perlu bergantung kepada ulama atau ahli zikir seperti ini. Kemudian dia apply dan praktikkan ilmu dan nasihat ulama tersebut kepada masyarakat. Ulama seperti ini tidak perlu menonjolkan diri. Kalau dia perjuangkan ilmunya, dia akan tertonjol sendiri.