Monday 5 January 2015

Juruterbang AirAsia Minta Henti Spekulasi

KUALA LUMPUR: Juruterbang senior AirAsia, Dwi Harso Syah menempelak pendapat beberapa penganalisis penerbangan Indonesia yang disifatkannya sebagai tidak berasas berhubung musibah yang menimpa pesawat AirAsia Indonesia QZ8501.

Menurut Dwi, pendapat yang diberikan penganalisis bagaikan tidak terkawal dan boleh menimbulkan rasa takut dalam kalangan masyarakat untuk menaiki kapal terbang, lapordetik.com.

Mengulas lanjut, Dwi berkata pandangan pakar yang mengatakan bahawa awan kumulonimbus adalah musuh atau malapetaka kepada dunia penerbangan boleh dipertikaikan.

“Ulasan mereka boleh membuat masyarakat paranoid untuk naik kapal terbang. Awan kumulonimbus misalnya, dikatakan sebagai malapetaka yang tidak dapat dihindari. Sebetulnya, awan kumulonimbus itu sebenarnya adalah ‘sahabat penerbangan’.

“Awan kumulonimbus bukan musuh yang tidak boleh diatasi. Ia sentiasa ada. Apabila mendengar analisa para pakar, saya sendiri jadi takut.

"Padahal, sebagai juruterbang yang sudah berpengalaman, saya sudah berkali-kali terbang menghadapi taufan dan masih boleh mengatasinya dengan baik,” jelas Dwi yang sudah 31 tahun menjadi juruterbang.

Dwi yang berasal dari Solo ditemui pemberita ketika menghadiri pengebumian pramugara pesawat QZ8501, Wismoyo Ari Prambudi di Klaten.

Dwi sendiri mengakui semenjak tragedi pesawat QZ8501, dia banyak menerima mesej mengenai kebimbangan menaiki kapal terbang dan pesanan seolah-olah risiko selamat dalam penerbangan hanyalah 50-50.

“Hal tersebut akan sangat mengganggu dunia penerbangan. Pesawat yang digunakan bukan sebarangan.  Ini pesawat canggih!

"Malah pesawat yang kami gunakan pernah selamat mendarat tanpa roda, itu tak pernah disampaikan kepada masyarakat.

"Pakar dan penganalisis diminta berhenti membuat imej simulasi menggunakan pesawat mainan yang diseram-seramkan ketika memasuki awan kumulonimbus,” tegas Dwi.

Copied from: http://www.astroawani.com/ 

Namun, tidak dapat dinafikan beberapa tragedi yang melibatkan pesawat-pesawat daripada syarikat-syarikat besar dalam dunia penerbangan sejak akhir-akhir ini menimbulkan ketakutan dan kegerunan kepada orang ramai untuk menaiki kapal terbang. Adakah kejadian-kejadian ini sememangnya dirancang atau tidak menimbulkan persoalan yang tidak terjawab hingga kini. Jika ia merupakan sebuah percaturan yang dirancang, apakah motifnya? Adakah untuk menakut-nakutkan dunia terhadap sistem pengangkutan udara? Atau sememangnya daripada kelemahan sistem penerbangan itu sendiri?

Namun, sebagai insan yang memiliki rasa bertuhan, terutamanya bagi yang bergelar orang Islam, harus menetapkan keyakinan dalam diri bahawa setiap yang berlaku adalah dariNya. Perancangan yang paling rapi dalam dunia sekalipun tidak akan terjadi jika Dia tidak mengizinkannya. Yakinlah, Tuhan itu sentiasa ada bersama!

Wednesday 31 December 2014

KEJATUHAN AIRASIA : TONY FERNANDES TAHU APA YANG AKAN BERLAKU?



Tony Fernandes Tahu Lebih Dahulu Ada Pesawat AirAsia yang akan Alami Kecelakaan

CEO AirAsia Tony Fernandes menjual 944.800 lembar sahamTune Insurance Holdings Bhd yang dia miliki beberapa hari sebelum pesawat AirAsia QZ8501 mengalami kecelakaan dalam penerbangan dari Surabaya menuju Singapura.

Tune Insurance Holdings Bhd adalah organisasi yang menyediakan asuransi perjalanan untuk AirAsia. Tune Insurance adalah anak perusahaan Tune Group Sdn Bhd yang juga memiliki AirAsia.

Manuver lepas saham yang dilakukan Fernandes ini diberitakan Malaysian Insider edisi 26 Desember. Disebutkan bahwa sebanyak 850.000 lembar saham dijual Fernandes pada tanggal 22 Desember dan sisanya selepas sehari kemudian.

Tune Insurance Holdings Bhd menyediakan asurans untuk setiap penumpang AirAsia. Premi dari asuransi itu dimasukkan ke dalam harga tiket.

Nilai saham AirAsia dan Tune Insurance Holdings turun sehari setelah QZ8501 hilang. Saham AirAsia turun sebanyak 12,9 persen, sementara saham Tune Insurance Holdings turun sebesar 0,6 persen.

Keputusan Fernandes menjual saham dalam jumlah besar ini dipertanyakan banyak kalangan. Di AskHeavy.Com, aksi lepas saham itu bisa diartikan bahwa Fernandes mengetahui AirAsia akan mengalami kecelakaan.

International Business Times juga mengatakan bahwa bisa saja Fernandes tahu bahwa salah satu pesawat milik AirAsia akan mengalami kecelakaan.

Pertanyaan serupa juga disampaikan kalangan politisi Indonesia. Politisi Partai Golkar Lalu Mara Satria Wangsa dalam akun Facebook miliknya mengatakam bahwa jual beli saham adalah hal yang biasa. Tetapi, patut dipertanyakan bila CEO sekaligus pemilik AirAsia Tony Fernandes menjual saham miliknya seminggu sebelum kejadian AirAsia QZ8501.

"Pertanyaan, apakah Fernandes tahu saham miliknya akan jatuh nilainya, sehingga ia menjualnya lebih dahulu?" tanya Lalu Mara.

Bisa juga, sambung dia, dua kejadian ini terjadi begitu saja dan tidak memiliki relasi sama sekali.

"Turun naiknya nilai saham memang menguntungkan bila menyangkut pemain besar sekaliber Fernandes," demikian Lalu Mara.


Sunday 28 December 2014

GAMBAR TERBARU KESAN BANJIR DI MANEK URAI!!

"Ya Allah, macam tsunami!"

Itulah antara lontaran yang admin dengar tentang kesan banjir di Manek Urai. Hari ini, setelah air mulai surut, terzahirlah kesan bah yang memusnahkan harta benda..











Allahu...

bersabarlah duhai saudaraku
kamu insan terpilih
menerima ujian yang hebat di sisi-Nya
untuk mengangkat darjatmu
agar hampir pada-Nya

sungguh DIA mencintai kamu
kerna itu dia menyucikan dirimu
jiwamu, segala yang ada padamu
kerna sesungguhnya semua itu milik DIA
DIA mengambil pinjamannya padamu
agar dirimu lebih mengenal dan mencintai-Nya

tiada milik kita
harta, keluarga bahkan jasad kita
semua milik Dia
kita tidak punya apa-apa
Dia pemilik segala

senyumlah saudaraku
Allah lebih dekat dari waridmu
Allah ada denganmu
Allah cinta padamu
jadi tersenyumlah dengan bangga
menjadi insan pilihan-Nya

jangan kau ikat emosimu pada dunia
kerna dunia hanya sebuah persinggahan
kembalikan segala ingatan, perasaan, jiwa dan nuranimu 
pada Dia Pemilikmu

Allahu... 


BANJIR : BENARKAH INSURANS TIDAK DAPAT CLAIM KALAU ISYTIHAR DARURAT???

Kami menemui kenyataan yang telah lama menjadi tanda tanya orang ramai. 

Ini merupakan suatu pendapat seorang ejen takaful yang telah lama dalam bidang perkhidmatan kewangan dan takaful, serta pengurus agensi di Takaful IKHLAS:




INSURANS TIDAK DAPAT CLAIM KALAU DARURAT?
http://rahsiatakaful.com/v1/insurans-tidak-dapat-claim-kalau-darurat.html
Saya banyak menerima soalan yang berkaitan isu darurat yang dikatakan tidak dapat diisytiharkan supaya mangsa-mangsa banjir dapat membuat tuntutan insurans.
Katanya, jika darurat diisytiharkan maka syarikat insurans berhak menolak tuntutan yg dibuat.
Ini pandangan saya:
+ Betul, memang dalam banyak polisi insurans seperti insurans kenderaan, insurans perniagaan, insurans bangunan, insurans kemalangan meletakkan darurat sebagai salah satu situasi yang dikecualikan untuk dibuat tuntutan.
+ Tapi dalam masa sama, berdasarkan pengalaman saya sebenarnya majoriti pelanggan sangat jarang mengambil coverage tambahan bencana banjir yang membolehkan mereka membuat tuntutan jika kerosakan akibat banjir. Jadi, sama ada isytihar darurat atau pun tidak, majoriti besar pengguna memang tidak dapat membuat tuntutan kerana tidak mengambil insurans yang cover banjir.
+ Banjir sudah masuk hari ke-5 dan sekiranya darurat diisytiharkan hari ini 27/12/2014, mangsa-mangsa banjir masih boleh membuat tuntutan sebab kerosakan berlaku SEBELUM darurat diisytiharkan. Jadi, syarikat insurans / takaful dan ejen serta staff boleh memberi pengetahuan (educate) kpd pelanggan supaya meletakkan tarikh berlaku kerosakan SEBELUM tarikh darurat diisytiharkan.
+ Situasi sekarang sangat genting memandangkan majoriti yang terlibat dari kalangan orang-orang kampung, orang-orang miskin, rakyat marhaen yang melibatkan nyawa. Jadi menjadikan alasan insurans sebagai penghalang darurat diisytiharkan bukanlah tindakan terbaik kerana nyawa majoriti rakyat lebih penting berbanding kerosakan bangunan / kenderaan utk claim insurans.
+ Statistik menunjukkan kadar penembusan insurans takaful hanya sekitar 15% sahaja di kalangan rakyat bumiputera. Dan majoriti penduduk Kelantan adalah Melayu Bumiputera. Maka alasan “insurans tak boleh claim kalau darurat” hanya menjaga kepentingan minoriti berbanding kepentingan majoriti rakyat yang langsung tidak memiliki insurans. Apatah lagi insurans melibatkan coverage banjir.
+ Situasi-situasi di atas hanya melibatkan polisi takaful am / general insurance seperti insurans kereta, insurans rumah, insurans bangunan. Polisi takaful individu / takaful keluarga / insurans hayat / life insurance tiada sebarang isu claim jika isytihar darurat disebabkan banjir.
KESIMPULAN: Menggunakan alasan “insurans tidak boleh claim kalau isytihar darurat”, bukanlah alasan yang kukuh utk tidak mengisytiharkan darurat.
Afyan Mat Rawi, IFP.
27/12/2014

- See more at: http://rahsiatakaful.com/v1/insurans-tidak-dapat-claim-kalau-darurat.html#sthash.xEAajZcT.dpuf

Kisah Sultan yang Perihatin

Beliau datang tanpa wartawan, tanpa kamera, tanpa publisiti, drive sendiri mgharung bnjir utk melihat rakyatnya. Sewaktu banjir, beliau turut sama mmbntu kerja2 menyelamat shgga org x sdar itu sultan mereka. Beliau juga menerima arahan dr seorg Mejar. Sewaktu berhenti rehat beliau turut minum dlm cawan polisterin dgn petugas2. Tiba2 beliau disapa
"abang dari mana?"
"orang sini jugak"
"macam muka tuanku la abang ni"
Beliau hanya trsenyum
setelah menyedari yg disapa td adalah sultan mereka, kecut perut org td minta maaf krn tdk tahu yg itu adalah sultan. Beliau hanya trsenyum malah memeluk org td. Tergamam Mejar yg ada kt situ, langsung x reti nk bg arahan mcm mula2 td.




inilah seorang pemimpin yang didambakan setiap rakyat jelata. membantu tanpa mengambil kira status diri yang mulia. Sultan seperti ini yang menjadi kesayangan rakyat. 
Teringat kisah Khalifah Umar yang menyusup keluar pada waktu malam untuk meninjau keadaan rakyatnya. Dengan membuang pangkat dan kesenangan, beliau mencari keperitan di bawah  untuk men

SESI PERSEKOLAHAN DITANGGUH?!!




KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi  negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).  Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).  Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Terima kasih.


Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014

Kebetulan atau Sebuah Percaturan?



Tragedi berulang??
Kebetulan atau perancangan??

Belum reda lagi dengan tragedi malang MH17 yang ditembak jatuh di Rusia, juga menjadi tanda tanya atas kehilangan yang mengejut dari MH370.. kini dunia bagaikan terpana untuk seketika lagi dengan peristiwa yang menampar setiap jiwa di atas kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 yang sedang dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura.



Pesawat yang membawa 155 orang penumpang itu dikatakan terputus hubungan dari pusat kawalan trafik pada jam 7.24 pagi waktu tempatan setelah berlepas daripada Surabaya jam 6.20 pagi.

Membisu seribu kata pada jiwa-jiwa yang mengkaji, yang tidak hanya memandang ia hanya sebagai satu tragedi tetapi apakah ia sebuah perancangan dari pihak-pihak tertentu untuk mewujudkan perbalahan dunia. Bahkan bakal menjadi sebuah isu yang akan dijulang untuk seberapa waktu pada setiap ahli masyarakat dan sedikit demi sedikit akan melupakan konflik yang lebih besar yang melanda.



Adakah ini masih dikatakan sebuah kebetulan, barangkali sesuatu yang tidak dirancang? Atau ia adalah sebuah perancangan yang rapi untuk sebuah agenda?

Di sisi yang lain, bagi mereka yang mengkaji, mereka akan terus menggali dan mengkaji untuk merungkai renteten-rentetan peristiwa yang seolah-olah telah disusun dengan begitu ‘sempurna’. Dalam pada masa yang sama, masyarakat dunia mungkin akan terus dibayangi persoalan demi persoalan dan mungkin sebelum satu-persatu persoalan terungkai tidak mustahil akan muncul lagi peristiwa lain yang lebih mengejutkan dan tidak disangka-sangka.









Sama-sama kita mendoakan kesejahteraan semua penumpang yang terlibat dalam pesawat QZ8501.