Menurut Dwi, pendapat yang diberikan penganalisis bagaikan tidak terkawal dan boleh menimbulkan rasa takut dalam kalangan masyarakat untuk menaiki kapal terbang, lapordetik.com.
Mengulas lanjut, Dwi berkata pandangan pakar yang mengatakan bahawa awan kumulonimbus adalah musuh atau malapetaka kepada dunia penerbangan boleh dipertikaikan.
“Ulasan mereka boleh membuat masyarakat paranoid untuk naik kapal terbang. Awan kumulonimbus misalnya, dikatakan sebagai malapetaka yang tidak dapat dihindari. Sebetulnya, awan kumulonimbus itu sebenarnya adalah ‘sahabat penerbangan’.
“Awan kumulonimbus bukan musuh yang tidak boleh diatasi. Ia sentiasa ada. Apabila mendengar analisa para pakar, saya sendiri jadi takut.
"Padahal, sebagai juruterbang yang sudah berpengalaman, saya sudah berkali-kali terbang menghadapi taufan dan masih boleh mengatasinya dengan baik,” jelas Dwi yang sudah 31 tahun menjadi juruterbang.
Dwi yang berasal dari Solo ditemui pemberita ketika menghadiri pengebumian pramugara pesawat QZ8501, Wismoyo Ari Prambudi di Klaten.
Dwi sendiri mengakui semenjak tragedi pesawat QZ8501, dia banyak menerima mesej mengenai kebimbangan menaiki kapal terbang dan pesanan seolah-olah risiko selamat dalam penerbangan hanyalah 50-50.
“Hal tersebut akan sangat mengganggu dunia penerbangan. Pesawat yang digunakan bukan sebarangan. Ini pesawat canggih!
"Malah pesawat yang kami gunakan pernah selamat mendarat tanpa roda, itu tak pernah disampaikan kepada masyarakat.
"Pakar dan penganalisis diminta berhenti membuat imej simulasi menggunakan pesawat mainan yang diseram-seramkan ketika memasuki awan kumulonimbus,” tegas Dwi.
Copied from: http://www.astroawani.com/
Namun, tidak dapat dinafikan beberapa tragedi yang melibatkan pesawat-pesawat daripada syarikat-syarikat besar dalam dunia penerbangan sejak akhir-akhir ini menimbulkan ketakutan dan kegerunan kepada orang ramai untuk menaiki kapal terbang. Adakah kejadian-kejadian ini sememangnya dirancang atau tidak menimbulkan persoalan yang tidak terjawab hingga kini. Jika ia merupakan sebuah percaturan yang dirancang, apakah motifnya? Adakah untuk menakut-nakutkan dunia terhadap sistem pengangkutan udara? Atau sememangnya daripada kelemahan sistem penerbangan itu sendiri?
Namun, sebagai insan yang memiliki rasa bertuhan, terutamanya bagi yang bergelar orang Islam, harus menetapkan keyakinan dalam diri bahawa setiap yang berlaku adalah dariNya. Perancangan yang paling rapi dalam dunia sekalipun tidak akan terjadi jika Dia tidak mengizinkannya. Yakinlah, Tuhan itu sentiasa ada bersama!