Wednesday, 18 December 2013

Anasir Dajjal telah masuk ke Mekah


Kebimbangan umat Islam tentang pembangunan Mekah sebagai kota metropolitan akan membawa unsur barat semakin menjadi nyata. Dalam artikel PZ sebelum ini tentang pembangunan Mekah dan Madinah adalah petanda tentang wujudnya pengikut Yahudi dan Dajjal dikalangan golongan berpengaruh di Mekah dan Madinah.

Diriwayatkan dari Aisyah radhiyallahu ‘anha:

Rasulullah masuk ke kamarku dalam keadaan aku sedang menangis. Beliau berkata kepadaku: ‘Apa yang membuatmu menangis?’ Aku menjawab: ‘Saya mengingat perkara Dajjal maka aku pun menangis.’ Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata: ‘Jika dia keluar sedang aku masih berada di antara kalian niscaya aku akan mencukupi (melindungi) kalian. Jika dia keluar setelah aku mati maka ketahuilah Rabb kalian tidak buta sebelah. Dajjal keluar bersama orang-orang Yahudi Ashbahan hingga datang ke Madinah dan berhenti di salah satu sudut Madinah. Madinah ketika itu memiliki tujuh pintu, setiap celahnya ada dua malaikat yang berjaga. Maka keluarlah orang-orang jahat dari Madinah mendatangi Dajjal ….” (HR. Ahmad, Abdullah bin Ahmad, Ibnu Hibban. Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu berkata: Sanadnya shahih)


Kebimbangan ini semakin menjadi nyata dan tabir semakin tersingkap siapakah dalang tersebut apabila pembangunan Mekah turut membawa masuk anasir-anasir Dajjal di hadapan rumah Allah (Baitullah) itu sendiri. 

Paris Hilton dengan bangganya mengatakan dalam twitternya, "Sangat gembira gedung terbaru baru saja di buka di Mecca Mall di Saudi Arabia!,". Beliau mengatakan lagi," Ini merupakah gedung kami ke-5 di Saudi Arabia, dan gedung ke-42 seluruh dunia kini! Sangat bangga dengan kemajuan hebat brand ini!

Alasan mereka membenarkan gudang-gudang seumpama ini ialah kerana Saudi mengamalkan pasaran bebas dimana semua pelabur seluruh dunia boleh datang berniaga dan melabur. Inilah dasar kapitalis barat yang menjadi anutan mereka dan menjadi teras pembangunan Mekah dan Madinah. Umat Islam menjadi lalai dan terpedaya dengan keindahan materialisma ciptaan kapitalis ini sehingga Kaabah di hadapan mereka seolah-olah telah lenyap dan terhapus.

Umat Islam diseluruh dunia seolah-olah diperbodohkan apabila mereka cuba sedaya upaya untuk tidak menyumbang kepada Yahudi apabila memulaukan barangan Yahudi tapi apabila mereka berada di Tanah Suci merekalah yang menjadi penyumbang terbesar apabila membeli-belah barangan mereka dan memasuki hotel-hotel mereka!

Sumber: petunjukzaman.blogspot

Sunday, 2 June 2013

Menang Kalah Merupakan Tarbiah.



Adat perlawanan ada kalah, ada yang menang. Sama seperti pilihanraya, ada parti menang, ada yang kalah. Cuma Islam marah kalau menang secara tipu. Berdosa juga kalau kita redha kita ditipu. Sebab itu penipuan dan tidak telus merupakan suatu yang munkar, wajib ditegah. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Siapa yang melihat kemunkaran wajib mencegah dengan tangan (kuasa), jika tidak mampu maka cegah dengan lidah, jika tidak mampu dengan hati. Ini adalah selemah-lemah Iman".


Tidak perlu kecewa jika kalah di dalam pertandingan. Jangan angkuh dan sombong jika diberi kemenangan. Bertasbih dan bersyukur memuji Allah serta dengan sujud syukur sebagai tanda kebesaran Allah yang memberi kemenangan. Ingat kemenangan adalah amanah yang perlu dipikul. Amanah boleh mendekatkan ke syurga atau ke neraka. Kita perlu mengambil posisi mana yang sesuai untuk meletakkan diri kita agar kita adalah orang yang bersama dengan para Anbiya' di akhirat. Jika berlaku sebaliknya maka kita akan bersama dengan Firaun, Haman, Qarun. Nauzubillah. Sebenarnya ujian bagi yang menang lebih sukar daripada yang kalah. Mempertahankan kemenangan lebih sukar daripada mencapai kemenangan.


Oleh itu bagi mereka yang menang pertingkatkan tarbiah ruhiah dan perkasakan tarbiah fardiah. Ini adalah benteng kekuatan untuk menghadapi cabaran sewaktu memikul amanah jamaah. Ujian menang begitu sukar jika kita tidak mempunyai ketahanan dalaman. Berbagai penyakit mazmumah begitu mudah menetas di dalam jiwa mereka yang menang. Penyakit riya', suma'ah, takbur, bakhil, ujub cukup subur jika kita tidak awasi.


Ujian bagi mereka yang kalah, bahawa penilaian Allah ialah bukan menang atau kalah. Tetapi nawaitu kita dengan perjuangan. Kemenangan di dalam perjuangan Islam ialah apabila kita telah berjaya meletakkan diri kita berintima' (bersama) jamaah. Kita sudah merintis jalan untuk orang yang terkemudian daripada kita untuk memperolehi kemenangan. Mungkin kita tidak sempat mencapai kemenangan. Ia akan menjadi amal jariah sewaktu kita bertemu dengan Allah. Jangan ada rasa kecewa atau putus asa di dalam perjuangan. Maksud Firman Allah: "Jangan kamu putus daripada Rahmat Allah".


Pesanan al-Marhum Sayyid Qutb kepada adiknya Hamidah dan Aminah Qutub ketika saat beliau hendak ke tali gantung. "Kamu akan merasa sempit dada jika kamu merasakan kamu yang memulakan dan kamu yang mengakhiri perjuangan. Kamu akan merasa lapang dada jika kamu merasakan bukan kamu yang memulakan perjuangan dan mengakhiri perjuangan."